Monday, 22 February 2010

Tak sedar-sedar lagi..haish!


Hmm..teruk betul!Hari ni aku habiskan satu hari duduk depan laptop,bukak youtube, facebook, footytube dan macam-macam lagilah. Memang buang masa. Walhal baru minggu lepas buat azam nak ubah cara hidup..hehe.
SedarlaH!sedarlah!sedarlah! diri tu da sem akhir,kalau perangai macam ni memang lingkupla.huhu..

Aku rasa ramai diantara kita yang selalu fail,bila nak berubah ke arah yang lebih baik kan?Still perangai lama yang da jadi tabiat sejak zaman berzaman melekat dengan diri. So,setelah seharian membuat perkara tak berfaedah, dah nak tidur barulah konon2 aku menyesal, "Alamak, hari ni satu apa kerja pun tak buat"..padahal dari tadi sedar kerja yang berlambak-lambak. So dalam kesedaran aku yang tak seberapa ni, aku pun google la,cara-cara melakukan perubahan tegar. So marilah kita sama2 menghayati tips2 yang aku dapat. Semoga aku dan sape2 yang baca dapat manfaat.

1)Memanipulasikan serta menghubungkaitkan emosi kita.

Kalau kita rasa sedih,kecewa atau pun merana. Kaitkan dengan perubahan yang kita nak lakukan iaitu gembira,bermotivasi serta bersemangat. Ingat perkatan-perkataan positif ini dalam diri kita.

Kalau dah rasa susah sangat.Tulis je kat buku ke,tampal kat dinding ke, atau buat jela apa-apa pun asalkan ingat.

2)Mengganggu tabiat lama

Kalau tabiat lama kita datang, contohnya gian main game lama2, paling koman 2-3 jam.Bila da lebih sejam je, kita ganggu dengan buat perkara yang patut kita buat. Contohnya, pegi masak ke. Kalau masak kita jugak kenyang kan.hehe. Itu contoh je. Ataupun mungkin kita boleh larikan diri dari tabiat tu dengan pergi bersenam kat gym.Atau lagi baik pergi buat assignment yang berlambak.^^

3)Jalan alternatif

Jalan alternatif ni penting dalam perubahan yang tegar. Contohnya, kalau tabiat kita yang kuat merokok. Kita memang berazam nak berhenti. Tapi kalau dah gian,nak wat camne? Sampai gigil2 gian..hehe..Kita mesti ada bahan alternatif untuk menyumbat mulut kita. Makan cwing gam ke, aiskrim ke, ape=ape jela yang boleh membantu kita.

Ok, cukupla. Tips2 ni aku amik dari tulisan orang lain dengan olahan aku, dan apa yang aku faham. So kalau nak ikut boleh ikut. Tak ikut pun takpe, biar aku je yang ikut.hehe.^^




3 comments: