
So,aku nak kongsilah antara penyebab gejala susah nak tidur ni. Sebenarnya stress merupakan antara penyebab utama. Tak kiralah stress dalam apa-apa bidang pun,asalkan namanya stress atau tekanan yang menyebabkan perubahan hormon dalam badan kita. Bagi yang belajar sama universiti ngan aku,stress bila nak exam..atau stress sebab kena repeat exam memang dah biasa kot. Stress ni,kemudian menyebabkan kita mencari jalan keluar dengan melakukan perkara-perkara yang kononnya dapat menghilangkan rasa stress tu. Kalau dalam komuniti aku kat sini antara aktiviti paling popular ialah :
1) Layan internet sampi 5-6 pagi.
2) Main DOTA
3) tengok movie atau main PES
Kalau mengikut kajian dalam perubatan pulak
Penyebab lainnya adalah Artritis, penyakit ginjal, gangguan hati, asma, penyakit parkinson, hipertiroid serta gangguan tidur lain (narkolepsi, sleep apnea). Susah tidur juga dipengaruhi faktor perilaku, seperti penggunaan yang salah terhadap kafein serta alkohol.
Tapi setiap masalah mesti ada penyelesaiannya kan. Jadi,kepada yang ada masalah susah nak tidur boleh la cuba beberapa tips yang aku senaraikan kat bawah ni.
Tips tidur nyenyak
* Membuat jadual tidur
* Melakukan senaman selama 20-30 minit setiap hari
* Senaman ringan 5-6 minit sebelum tidur
* Hindari kafein, nikotin dan alkohol
* Relaks sebelum tidur seperti mandi air hangat, membaca atau melakukan kegiatan relaks untuk memudahkan tidur.
* Membuat jadual tidur
* Melakukan senaman selama 20-30 minit setiap hari
* Senaman ringan 5-6 minit sebelum tidur
* Hindari kafein, nikotin dan alkohol
* Relaks sebelum tidur seperti mandi air hangat, membaca atau melakukan kegiatan relaks untuk memudahkan tidur.
Kalau nak jadi penderita susah nak tidur abadi pun boleh dengan melakukan perilaku tersebut
* Mengambil kafein berlebihan
* Minum alkohol sebelum tidur* Merokok sebelum tidur
* Tidur siang berlebihan di siang
* Gangguan tidur secara berulang atau tidak teratur
Ok. Rasanya aku pun da mengantuk ngan berblog-blog ni.hehe.Inilah satu contoh melakukan kegiatan relaks sebelum tidur yang boleh menyebabkan kita mengantuk. ^_^
No comments:
Post a Comment