Haa..itulah pemain yang Ancelotti nak beli.^_^.. Gambar ni aku ambil masa aku jalan-jalan sekitar London dan Cardiff untuk winter break. Jersey yang aku beli siap ada nama tu harga 60 puond UK,mahal kan?Tapi nak buat camne, minat punya pasal. Ok, sebenarnya hari ni aku bukan nak tulis pasal percutian aku tu. Aku nak tulis pasal goalkeeper.
Untuk pengetahuan, aku ni kalau main bola mesti nak jadi keeper. Tau tak kenapa? Sebabnye aku tak reti nak main.hehe. Jadi memang tahan bola jela kerja aku. Tapi aku suka. Tau kenapa? Sebab kalau aku saves, orang mesti sorak. Tapi klu bolos,paham2 jela. Sebulan pun boleh jadi bahan gelakan. ekeke..
Van Der Sar, Dida, Petr Cech, Taffarel, Cassilas. Bagi orang yang minat tengok bola,nama-nama ni mesti familiar. Tulisan tentang diorang ni pun dah berlambak. So, apa kata hari ni kita berkenalan sikit dengan local goalkeeper. Negara kita pun ada goalkeeper yang hebat-hebat apa. Contohnya:
1)
1
R. Arumugam.
Dikenali sebagai "spiderman" kerana ketangkasannya. Dia ni seangkatan dengan ikon bola sepak negara Allahyarham Mokhtar Dahari. Lama jugakla wakil Malaysia dan adalah antara pemain yang berjaya menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 serta layak ke olimpik Moscow 1980. Tapi malangnya, negara kita boikot sukan olimpik tersebut.
2)
Khairul Azman Mohamed
Penjaga gol terbaik zaman 90-an. Pernah bermain untuk Pahang dan Sabah. Khairul pernah dinobatkan penjaga gol terbaik asia tenggara pada tahun 2005. Merupakan anggota pasukan Sukan Sea yang dimalukan Laos pada 1997. Kegagalan Khairul menyelamatkan sepakan bebas pemain laos dari luar kotak penalti menyebabkan pasukan negara gagal ke separuh akhir kejohanan tersebut. Namun, Khairul tetap dianggap terbaik pada era 90-an.
3)
Azmin Azram Abdul Aziz
Selepas Khairul Azman bersara dari arena antarabangsa. Muncul Azmin menjadi penjaga gol nombor satu negara. Ketangkasan Azmin ketika dia berada pada zaman puncaknya tidak perlu dipertikaikan. Perlawanan menentang pasukan kebangsaan Brazil pada tahun 2002,menceritakan segalanya.
Sepakan percuma Ronaldinho, cubaan dari Ronaldo, Rivaldo dan Roberto Carlos ketika itu berjaya dihalang dengan cemerlang. Hinggakan satu ketika terpampang di kaca tv, Ronaldinho menggelengkan kepalanya tanda mengagumi Azmin. 0-0 pada separuh masa pertama,satu keputusan baik buat skuad negara, walaupun Azmin akhirnya bolos pada separuh masa kedua.

Kamarulzaman Hassan
Penjaga gol yang sangat baik, cemerlang dan sangat sukar dibolosi. Namun,kesilapannnya yang tertampan bola ke gawang sendiri pada Sukan Sea 2001 di Kuala Lumpur, dikatakan menjadi turning point merudumnya prestasi Kamarul.
Syamsuri Mustafa
Jaringan jarak jauh Syamsuri ketika menentang Vietnam ketika Sukan Sea 2003 akan tetap dikenang dalam lipatan sejarah bola sepak Malaysia. Konsisten sebagai penjaga gol nombor satu negara selepas prestasi merudum Kamarulzaman Hassan. Mewakili Malaysia dalam banyak kejohanan. Syamsuri juga pernah terlibat dalam beberapa kontroversi,yang sedikit-sebanyak telah menggugat peluangnya dalam skuad kebangsaan.
Cukupla 5 orang je. Panjang sangat pulak jadinya nanti post ni. Tapi mungkin korang semua nak berkenalan dengan budak ni jugak......
Hehe.Klu nak tengok video ni klik ni.
Ok. Aku nak tido kejap. Lama sangat merepek ni.^^
No comments:
Post a Comment