Monday, 22 February 2010

Kesiankan..?..bersyukurlah dengan nasib kita..


Ini adalah salah satu gambar mangsa gempa bumi kat Haiti baru- baru ni. Aku tergerak nak tulis pasal benda ni, sebab baru semalam aku tengok dokumentari pasal nasib orang-orang di sana. Kesimpulannya memang menyedihkan dan memilukan.

Bayangkan dalam masa tak sampai 5 minit,kehidupan rakyat Haiti berubah sekelip mata. Ada yang hilang ayah, ibu, suami, isteri, saudara-mara walhal mungkin 10 minit sebelum tu mereka gembira dan bergurau senda bersama.

Masalah bantuan yang lambat sampai selepas gempa juga menjadikan keadaan semakin mengharukan. Mayat mangsa-mangsa gempa ni, begelimpangan merata-rata.

Dalam dokumentari tersebut juga ditunjukkan, bagaimana manusia sanggup bertumbuk dan bergadai nyawa sesama sendiri hanya untuk mendapatkan bekalan makanan yang nyata sungguh terhad. Kanak-kanak dan bayi adalah mangsa yang paling menerima kesan.

Hospital yang terhad, dengan bilangan yang mangsa cedera yang tinggi nyata menambah keperitan hidup mereka. Malah dikatakan mereka perlu menunggu hampir 2 hari sebelum mendapat rawatan doktor. Dan dalam masa dua hari tersebut,ada yang tidak mampu bertahan..lalau mati begitu sahaja.


Menurut dokumentari tersebut tangisan raktat Haiti memang kedengaran siang dan malam meratapi pemergian sanak saudara ,tak kurang juga tangisan kerana meratapi nasib yang telah ditentukan Tuhan kepada mereka.


Yang nyata, harapan kita semua, sudah pasti mahu menyaksikan mangsa-mangsa gempa ini terus cekal dan tabah menghadapi dugaan. Semoga sinar harapan masih ada untuk mereka membina kembali kehidupan yang hancur. Dan kita ,sebagai golongan yang masih bernasib baik haruslah mengambil iktibar dan bersyukur dengan nikmat yang kita perolehi.

Salam kasih, harapan dan takziah dari JariJujur untuk rakyat Haiti.

No comments:

Post a Comment