Aku teringat waktu aku ambik result SPM 2004. Masa tu seronok bukan main sebab dapat result yang pada aku bagus. Bila balik rumah, cerita pada keluarga, memang terpancar sinar bangga pada muka mak abah aku. Tapi itu semua cerita lama. Sekarang aku pun dah semester akhir untuk first degree aku. InsyaAllah bulan 8 ni,aku dapat hasil dari usaha aku selama 4 tahun kat sini.
Bagi aku belajar kat bumi Rusia ni memang payah. Tapi dah lama-lama kepayahan tu dah lali dengan diri aku. Hari ni,kalau boleh aku nak ajak semua yang sedang belajar terutama kawan2 aku kat sini(kalau diorang jumpa la blog aku..hehe) untuk kita kenang kembali zaman kita menjadi hero pada keluarga kita. Sambil pada tu muhasabah diri balik, dimana kita berada sekarang. Adakah kita still menjadi hero atau dah berubah kepada zero??
Aku lebih senang bercerita tentang student2 kat sini dan pengalaman aku sendiri. Saat pertama kali sampai kat bumi asing ni,memang semangat anak-anak melayu ni berkobar-kobar nak menuntut ilmu. Apatah lagi mengenangkan semangat yang dibekalkan keluarga serta penduduk kampung. Maklumlah,seperti biasa kenduri doa selamat sebelum fly mesti buat,nak canang satu kampung anak pergi universiti luar negara.=).
Tapi melayu mudah lupa. Mudah alpa. Hari berganti hari,semangat semakin luntur. Sistem pembelajaran dan peperiksaan yang sangat berbeza dari sistem di Malaysia menambahkan lagi kelunturan semangat. Ditambah pula dengan duit yang banyak masuk setiap bulan. Hiburan pulak semakin senang nak dapat. Beli je. PS3,XBOX semua boleh beli. DOTA memang dah sebati dalam hidup.
Untuk pengetahuan, sistem exam kat Rusia ni sangat2 berbeza berbanding di Malaysia. Kat sini,soalan yang diberi sikit je. Kene jawab dalam masa tertentu. Then lepas tu, ada sesi soal jawab dengan lecturer. Result exam,boleh dapat masa tu jugak. Samada korang dapat 5(lebih kurang macam A la), 4 (B), 3 (C), 2 (gagal) semuanya bergantung pada lecturer tu.
Tapi,kata orang, kalau sudah tak tahu menari janganlah lantai disalahkan. Eh betul ke? Lantaklah,cuma point aku kat sini, bila kita tak lepas exam, janganlah salahkan orang lain. Tapi lihatlah pada diri sendiri dulu. Kat sini aku sertakan beberapa soalan untuk sapa-sapa yang baca untuk difikirkan:
1) Kuliah pergi berapa kali dalam satu semester?
2) Muka lecturer kenal tak?
3) Lab report semua da settle?
4) Study ke?
5) Lagi banyak main game atau lagi banyak buat ulangkaji?
Ok. Cukuplah tu. Semua yang aku tulis kat atas ni, untuk aku dan korang fikir. Aku pun takdela pergi semua kuliah ada gak ponteng.hehe. Tapi kena pandai-pandaila bawak diri. Pesanan aku, masih belum terlambat untuk berubah. Kata orang putih better late than never. Kalau kita pernah menjadi hero pada keluarga,berusahalah untuk terus menjadi hero dan bukan menjadi zero yang menyusahkan orang lain. Mintak maaf kalau ada yg terasa. Renung2kan dan selamat beramal. ^_^
sangat terasa walaupun saya tidak belajar di oversea..
ReplyDeletehuu~
sangat bagus ini post!!
go go!